Sunday 7 April 2013

START FOLIO!


ISI KANDUNGAN

PERKARA                                                            M/S                                                             

PENGHARGAAN……………………………... 1
SINOPSIS……………………………………… 2 - 3
TEMA & PERSOALAN……………………….. 4 - 5
WATAK & PERWATAKAN………………….. 6 - 9
PLOT……………………………………………. 10
GAYA BAHASA……………………………….. 11
TEKNIK PENCERITAAN………………………12 - 13
LATAR…………………………………………...14 - 20
NILAI MURNI…………………………………...21
PENGAJARAN…………………………………..22
RUJUKAN……………………………………….23




PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan  penghargaan kepada pengetua sekolah,Tn. Hj. Mohd Fauzi bin Ahmad yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
      Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya, Encik Yahaya bin Ismail kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kerja kursus sejarah.
      Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kerja kursus ini dengan secepat mungkin.




SINOPSIS

     Kisah bermula dengan kemunculan tetamu-tetamu misteri di hadapan pintu pagar rumah Sukma tepat pada pukul 6:20. Bermula pada hari Isnin , rumahnya didatangi wanita tua , dan pada hari-hari yang berikutnya didatangi budak lelaki. Kedatangan tetamu-tetamu misteri pada waktu itu menerbitkan perasaan hairan dan meresahkan hati Sukma. Tetamu-tetamu misteri itu muncul dan hilang begitu sahaja.

     Walaupun kedatangan tetamu-tetamu misteri itu menjadi tanda Tanya , Sukma tetap menjalani kehidupan sebagai mahasiswa dengan baik. Sukma bijak dan aktif di kampusnya. Sikapnya disenangi oleh rakan-rakannya seperti Teja , Jerry , Alvin dan Rafiq. Dalam pada itu , perubahan sikap Jerry merisaukan Sukma dan dia berusaha untuk mencari jawapannya.

     Akhirnya , Sukma mengetahui tentang penglibatan Jerry dalam kelab WX2. Kelab itu dianggotai oleh sekumpulan remaja yang memiliki fahaman baharu. Mereka memperjuangkan gagasan kebebasan mutlak secara senyap. Sejak Jerry terlibat dalam kumpulan itu , kehidupannya menjadi tidak terurus. Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan permasalahan Jerry.

     Ruang sepi di Kelab WX2  menjadi tempat pertemuan untuk anggota-anggotanya mengatur agenda. Kegiatan yang dijalankan begitu licik dan sukar dikesan. Selain Jerry , Iskandar dan Reny turut menganggotai kumpulan itu. Sukma mendesak Iskandar untuk membongkar aktiviti kumpulan itu yang sebenarnya , namun Iskandar tetap mempertahankan dan menafikan segala sangkaan buruk Sukma.

     Pada masa yang sama , misteri kedatangan tetamu ke rumahnya pada pukul 6:20 setiap pagi itu turut terdedah. Daripada rahsia yang dibongkar oleh tetamu-tetamu misteri itu , Sukma mengetahui sejarah ibunya yang tidak diketahui oleh ayahnya sendiri. Rupa-rupaynya , Puan Delia , ibu Sukma mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. Ibunya memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pemikiran golongan remaja hingga menyesatkan cara hidup dan akidah mereka.

     Tuan Haji Syaqir tidak menyangka bahawa isterinya mempunyai kuasa dan pengaruh yang begitu besar untuk melakukan rusuhan. Dengan bantuan Kak Ros dan kerjasama yang diberikan oleh Iskandar , pihak berkuasa Berjaya mematahkan agenda kumpulan tersebut melalui suatu operasi yang dirancang dengan begitu rapi.

     Sukma bersyukur apabila segala sangkaan buruk terhadap ibunya salah belaka. Ibunya bukan pengkhianat bangsa , sebaliknya perisik rahsia yang ditugas untuk menumpaskan kumpulan tersebut. Malangnya , ibu Sukma mengalami kecederaan hingga menyebabkannya menjadi koma akibat daripada tembakan yang mengenainya. Sukma bangga akan ibunya  sedar daripada koma supaya dia dapat memohon maaf daripadanya.




TEMA DAN PERSOALAN


TEMA

Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yangmempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigihuntuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyutdengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.


PERSOALAN

     Antara persoalan daripada novel ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya , contohnya , ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya. Seterusnya , konflik dalam keluarga , contohnya , ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya. Selanjutnya , tanggungjawab seorang sahabat . Contohnya , Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.Selain itu , berani menegakkan kebenaran. Contohnya, Sukma  , Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut. Di samping itu , menunaikan ketaatan terhadap perintah tuhan. Contohnya , Tuan Haji Syaqir dan SUkma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Akhir sekali , prihatin terhadap masalah orang lain. Contohnya , Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.




WATAK DAN PERWATAKAN

SUKMA

     Dia seorang gadis yang berusia 19 tahun dan pelajar sebuah pusat pengajian tinggi dalam bidang sains politik. Dia ialah anak tunggal seorang pemimpin masyarakat , iaitu Haji Syaqir. Dia merupakan seorang yang tegas dan sangat rajin. Dia sangat mudah bersimpati dan penyayang. Dia memiliki pengetahuan yang sangat tinggi dan berfikitan matang. Dia juga seorang yang berani untuk berdepan dengan sesiapa sahaja demi menegakkan kebenaran . Sukma seorang gadis yang sangat kuat berpegang kepada budaya timur . Ayahnya memujinya kerana sifat ketimurannya itu.


RAFIQ

     Dia pernah tinggal di luar negara dan kembali ke tanah air. Dia merupakan seorang pemuda yang berwawasan dan berperibadi mulia . Rafiq menghormati ayah Sukma ketika berada di rumah gadis itu. Dia sangat suka membantu. Rafiq membantu Sukma untuk bertemu dengan abang Aim untuk menyelesaikan misteri yang menyelubungi hidup gadis itu. Dia ialah oemuda yang berani. Dia mematahkan serangan Jerry dan Berjaya membuatkan Jerry berubah. Dian anak keluarga kaya tetapi tidak dimanjakan dengan kemewahan. Dia dididik supaya menghargai diri sendiri.


ISKANDAR

     Iskandar seorang pemuda yang agresif dan suka memandang rendah terhadap orang lain. Dia juga sangat memandang tinggi budaya dan pemikiran barat tentang kebebasan. Akibatnya dia telah terjebak dengan aktiviti Kumpulan Ruang Sepi di Kelab WX2. Dia juga suka menyindir dan gemar bertengkar. Dia akan bertengkar dengan Sukma setiap kali mereka berjumpa.


PUAN DELIA

     Ibu kepad Sukma. Beliau merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan mendapat pendidikan di barat. Beliau sangat mengambil berat terhadap anaknya Sukma. Beliau sering meminta Sukma menyiasat latar belakang orang yang datang ke rumah mereka. Beliau telah membantu pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan Kumpulan Ruang Sepi yang memesongkan pemikiran remaja. Beliau seorang wanita yang berani. Semasa serbuan dibuat di Kelab WX2 beliau turut berada di situ sehingga menyebabkan beliau ditembak oleh anggota kumpulan berkenaan.




PLOT

Permulaan

Sukma tertanya-tanya tentang kehadiran tetamu-tetamu yang hadir di pintu pagar rumahnya pada jam 6:20 pagi.  Ibunya telah melarang Sukma daripada bertemu dengan mereka. Hal ini menyebabkan Sukma begitu teruja untuk mengetahui tetamu misteri tersebut.

Perkembangan
Ibu menuduh Sukma mengalami tekanan perasaan.Sukma dan Teja berkenalan dengan Erman dan Reny yang akan mengadakan    persembahan tarian tradisi Sarawak. Jerry telah menceritakan tentang ruang sepi yang terdapat pada kelab WX2.
Reny menjelaskan bahawa dia mengenali Iskandar dan mengetahui tentang Sukma  melaluinya. Sukma telah pergi ke Kelab WX2 untuk menyiasat dan bertemu dengan Iskandar.
Sukma telah berjumpa dengan abang Aim.

Klimaks
Kak Ros ingin menemui Sukma untuk mendapatkan maklumat tentang Kelab WX2. Jerry telah memberi maklumat kepada pihak polis. Rafiq membawa Iskandar menemui Sukma dan Iskandar mengaku kesilapannya serta mahu membantu Sukma.
Pihak polis telah berjaya membuat tangkapan.

Peleraian
Ibu Sukma koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan WX2 semasa operasi.




GAYA BAHASA

PENGGUNAAN PERIBAHASA

Antara peribahasa (simpulan bahasa) yang terdapat di dalam novel ini ialah , “Isy , terasa macam lepas laku pula tadi!...” (halaman 21) , Apakah yang ada di dalam kelab itu sehingga membuatkan Iskandar yang saya anggap berhati kering pun boleh jadi tidak tenteram?  (halaman 90) , dan Seperti pesan Jerry , barangkali sayalah yang dapat membawa ibu kembali ke pangkal jalan. (halaman 223)


BAHASA INGGERIS

Antara penggunaan bahasa inggeris ialah metal (halaman 89) , underground (halaman 198) , fall from grace (halaman 223).





TEKNIK PENCERITAAN

TEKNIK PEMERIAN

Dalam sesebuah novel , teknik pemerian memang sering digunakan oleh pengarang. Teknik ini amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar , gambran , ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu. Contoh: Tiba di luar kedai , saya hulurkan kesemuanya kepada Aim. Anak kecil itu tersenyum lebar dan meloncat-loncat gembira. Senang hati saya melihatkan reaksinya . (halaman 144 – 145)


TEKNIK DIALOG

Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang sesuatu isu. Kebiasaannya hanya hal yang penting dinyatakan dalam bentuk dialog. Contoh:
“Apa agendanya Pak Rashid?”
“Bukan Pak Rashidlah yang patut beritahu kamu. Apa yang Pak Rashid boleh katakana , cuba Sukma ikut gerak hati Sukma sekarang ini. Rasa-rasanya , sudah sampai masanya untuk Sukma mencari jawapan kepada keraguan Sukma itu…” (halaman 155 – 156)




TEKNIK MONOLOG

Teknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak sedang berkata-kata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Contoh: Ibu tiba-tiba muram. Saya tergamam. Adakah kata-kata saya tadi amat menyentuh hatinya? (halaman 55)




LATAR

LATAR MASA

Banglo Taman Megah  
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.

Balkoni kamar 
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.

Rumah Ehsan              
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.

Kafe Flora       
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi  dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.

Di pintu pagar rumah  
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan     
Contoh:  Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.


Tempat rehat               
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.


Kelab WX2                  
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

Warung Pak Alias                    
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di  seberang jalan.

Rumah Aim                 
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.

Rumah Tuk Siak          
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

Kawasan tanah perkuburan      
Contoh: Nenek mengajak  Sukma pergi ke kubur anak lelakinya  iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.

Bangunan biru di hujung daerah          
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah  berjaya membuat tangkapan terhadap mereka.

Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena  tembakan ahli.




LATAR MASYARAKAT

Banglo Taman Megah         
Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

Di Dewan Kuliah
Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.

Balkoni kamar       
Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.

Rumah Ehsan                    
Contoh: Sukma dan ayahnya menziarahi Ehsan yang baru menjalani pembedahan jantung.

Kafe Flora  
Contoh: Kumpulan Waris Cinta mengadakan persembahan tarian tradisi dari Sarawak yang diketuai oleh Erman.

Di pintu pagar rumah         
Contoh: Aim datang menemui Sukma dan menyatakan bahawa dia lapar. Dewan peperiksaan     
Contoh:  Sukma bersama-sama beberapa teman sekuliahnya menduduki ujian.



Tempat rehat                      
Contoh: Sukma, Teja dan Rafiq mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kerja kumpulan mereka.


Kelab WX2             
Contoh: Sukma berada di Kelab WX2 untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut.

Warung Pak Alias               
Contoh: Sukma dan Reny minum teh tarik di warung yang terletak di  seberang jalan.

Rumah Aim            
Contoh: Nenek menceritakan hubungannya dengan ibu Sukma.


Rumah Tuk Siak    
Contoh:Sukma dan Rafiq bertemu dengan Abang Aim.

Kawasan tanah perkuburan
Contoh: Nenek mengajak  Sukma pergi ke kubur anak lelakinya  iaitu bapa Aim yang telah meninggal dunia dua tahun lepas.

Bangunan biru di hujung daerah    
Contoh: Tempat ahli-ahli WX2 berkumpul dan pihak polis telah  berjaya membuat tangkapan terhadap  mereka.

 Hospital
Contoh: Ibu Sukma (Puan Delia) masih koma di hospital akibat terkena  tembakan ahli.




LATAR MASA

6:20 pagi
ContohSukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.

Petang
Contoh:  Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.

Senja
ContohSukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.

Malam
ContohIbu menghadiri Majlis Makan Malam Bollywood





NILAI MURNI

     Nilai murni daripada novel ialah kasihsayang , contohnya ,  Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan. Seterusnya , nilai prihatin , contohnya , Tuan Haji Syaqir Berjaya mengumpulkan dana bagi membiayayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan. Selanjutnya , nilai setiakawan , contohnya ,  Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat. Selain itu , nilai tanggungjawab , contohnya , Sukma masih lagi sempat mengikuti kuliah dan mengadakan perbincangan kumpulan walaupun dia dibelenggui dengan pelbagai persoalan tetamu misteri. Akhir sekali , nilai saling-menghormati , contohnya , Ibu Sukma menyuruhnya menyediakan minuman kepada kawan-kawan Sukma ketika mereka berkunjung ke rumahnya.




PENGAJARAN

Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita Contohnya ,  Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya. Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar Contohnya , Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2. Contohnya ,  Ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak membuat pilihan dalam kehidupan mereka Contohnya , Ibu bapa Jerry seharusnya memberi peluang kepadanya untuk menentukan pilihan hidupnya tetapi mereka berhak untuk memberi panduan dan nasihat. Kita perlulah mempunyai sikap setiakawan Contohnya , Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan  baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan  pemikiran barat. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik terhadap tanah air sendiri Contohnya , Rafiq masih kekal dengan budaya dan cara hidup Melayu meskipun dia dibesarkan di luar negara. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan amanah Contohnya , Tuan Haji Syaqir  bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai pengerusi jawatankuasa di kampungnya.